WhatsApp MB Kelantan diceroboh

Iklan
Tangkap layar perbualan 'Menteri Besar' yang meminta wang untuk sumbangan.

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan mengingatkan orang ramai supaya mengabaikan sebarang mesej memohon sumbangan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Pemakluman berkenaan susulan WhatsApp Menteri Besar itu diceroboh.

Iklan
Iklan

Pengendali Facebook Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan itu turut berkongsi perbualan antara seorang individu dan nama di WhatsApp yang ditulis 'Yb Dato Nasarudin' di media sosial terbabit.

"WhatsApp Menteri Besar diceroboh, sila abaikan jika dapat sebarang mesej memohon sumbangan," tulis pengendali Facebook itu.

Iklan

Pengendali berkenaan juga berkongsi satu penafian daripada Mohd Nassuruddin mengenai perkara itu.

"Penafian jika menerima apa-apa mesej memohon sumbangan menggunakan nama YAB Dato' Menteri Besar Kelantan, sila abaikan".

Iklan

Melalui perbualan WhatsApp itu, 'Menteri Besar' meminta sumbangan sebanyak RM3,000 dan berjanji akan membayar semula jam 10 pagi keesokannya.

'Menteri Besar' kemudian berkongsi satu akaun bank atas nama Norsyahirah Zulkifle.