PETALING JAYA - DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, setakat ini jawatankuasa disiplin belum menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu.