Minta belikan kasut putih, permintaan terakhir Muhammad Naufal Aiman

Iklan
Norhayati menyifatkan Muhammad Naufal Aiman (gambar kecil) sebagai anak yang baik dan ringan tulang kerana sering membantunya berniaga buah-buahan di pasar pagi di pekan Parit.

IPOH - Kasut sekolah baharu berwarna putih menjadi permintaan terakhir Muhammad Naufal Aiman Dzulkarnain, 16, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di sini pada Isnin.

Ibu mangsa, Norhayati Ramlly, 46, berkata, permintaan tersebut agak janggal kerana anak ketiga daripada lima beradik itu hanya menggunakan kasut hitam ke sekolah.

Iklan
Iklan

"Walaupun saya pelik, tetapi saya belikan juga dia kasut putih.

"Masih terbayang wajahnya yang tersenyum, dia betul-betul gembira sampai melompat-lompat sebab dapat pakai kasut putih ke sekolah," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) sini pada Selasa.

Iklan
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon menyantuni keluarga mangsa yang berkumpul di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang dibuka dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja sejak Isnin.

Beliau menyifatkan Muhammad Naufal Aiman sebagai anak yang baik dan ringan tulang kerana sering membantunya berniaga buah-buahan di pasar pagi di pekan Parit.

"Dia akan angkat barang-barang berat untuk dimasukkan dalam van dan bila habis niaga, dia akan datang untuk kemas semuanya," katanya sambil mengesat air mata.

Iklan
Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dibuka dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja berhampiran lokasi dua mangsa dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, Muhammad Naufal Aiman dan Muhammad Nazrin Haidar Mohd Hisham, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muhammad Shah hilang dibawa arus ketika cuba mengambil bola yang jatuh ke dalam sungai.

Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa bersama tiga lagi rakan bermain bola di kawasan beting pasir sungai berkenaan.

Muhammad Nazrin Haidar

Sementara itu, ibu Muhammad Nazrin Haidar, Norhidayah Mohd Shabidin, 42, berkata, anaknya sempat mandi dan makan tengah hari di rumah sebelum pergi bermain di kawasan beting pasir tersebut.

Katanya, anak ketiga daripada enam beradik itu juga sempat menunjukkan rambutnya yang telah diwarnakan semula kepada warna hitam selepas diminta oleh guru.

Norhidayah

"Sewaktu dimaklumkan anak saya hilang di sungai itu, saya agak terkejut kerana menyangka dia tidur di bilik.

"Apa pun saya reda dengan kejadian ini," katanya pilu.

Operasi mencari dan menyelamat disertai 69 anggota dengan menggunakan 12 bot melibatkan pasukan bomba, polis dan penduduk kampung.

Setakat jam 4 petang, kedua-dua mangsa masih belum dijumpai.