Pensyarah UPTM perkasa ilmu 18 pelajar kurang kemampuan, tercicir

Iklan
DR SHARIFAH (empat dari kiri) bersama pensyarah UPTM dan para pelajar pada majlis penutup program Future Caliph Centre di Pusat Pembelajaran Komuniti Anjung Hikmah, Nilai baru-baru ini.

BERMULA Oktober tahun lalu, enam pensyarah Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) berkongsi ilmu dan menyantuni 18 pelajar daripada kalangan kurang berkemampuan dan tercicir melalui program Future Caliph Centre.

Pengarah program, Dr Madihatun Zainuddin berkata, antara matlamat utama mereka adalah untuk memperkasakan ilmu pengetahuan berkaitan keagamaan, kerohanian dan pembinaan kendiri pelajar berkenaan.

Iklan
Iklan

DR MADIHATUN turut menjadi tenaga pengajar dalam program tersebut.

"Program yang diadakan di Pusat Pembelajaran Komuniti Anjung Hikmah, Nilai itu juga bertujuan untuk memupuk jati diri yang jitu dan teguh dalam diri mereka,” katanya kepada Sinar Islam Plus.

Iklan

Menurutnya, program berlangsung selama 12 sesi berakhir Februari itu terbahagi kepada tiga slot iaitu bahasa Mandarin, keagamaan (fardu ain dan kelas mengaji) serta kelas kendiri (aplikasi teknologi maklumat).

BARISAN ahli jawatankuasa program bergambar kenangan bersama pelajar.

Iklan

"Sebanyak empat modul pembelajaran disediakan sepanjang tempoh 12 sesi ini bagi tujuan memudahkan para peserta belajar dan seterusnya memahami ilmu yang diajar oleh tenaga pengajar.

"Ia dilaksanakan enam pensyarah UPTM yang mengajar di pusat pembelajaran tersebut setiap minggu,” katanya.

"Hasil pelajar tersebut dipamerkan di dalam kelas pusat pembelajaran tersebut dan ibu bapa dapat melihat hasil kreativiti anak-anak mereka pada sesi penutup program,” katanya.

PARA pelajar turut diajar mengenai teknologi maklumat seperti menyediakan poster dan menyunting video.

Program kemasyarakatan tersebut mendapat tajaan sepenuhnya All-Party Parliamentary Group Malaysia – Sustainable Development Goals (APPGM SDG) dan mendapat kerjasama daripada Pusat Pembelajaran Komuniti Anjung Hikmah, Nilai serta disokong penuh Naib Canselor UPTM, Prof Madya Dr Sharifah Sy Sheikh yang turun padang meraikan majlis penutupan program tersebut pada 7 Febuari 2025 yang lalu.