Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, kata Azam Baki

Iklan
AZAM BAKI

KUALA LUMPUR - Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, dapatan itu ialah hasil semakan pihaknya terhadap dokumen yang dibekalkan oleh pihak DBKL pada 7 Februari lepas berhubung pelaksanaan projek penerbitan kandungan dan siaran studio serta konti radio DBKL.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, semakan SPRM mendapati terdapat beberapa kelemahan dari segi tatakelola pada garis panduan DBKL dan ia perlu diperkemaskan.

"Oleh yang demikian, Bahagian Penyiasatan Tatakelola (PBT) SPRM sedang meneliti amalan dan beberapa prosedur DBKL berkenaan proses perolehan dan pembayaran kepada pihak tertentu mengikut garis panduan dan peraturan-peraturan yang sedia ada,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Iklan

Pada 6 Februari lepas, SPRM dilaporkan sedang meneliti dokumen berkaitan dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Azam berkata, SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL. - Bernama

Iklan