DAP gesa kerajaan gubal akta antidiskriminasi kaum
Iklan
Lim Guan Eng
PUTRAJAYA - DAP menggesa kerajaan untuk menggubal akta antidiskriminasi kaum bagi mengawal dan mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menghasut kebencian kaum.
Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, akta itu penting bagi menghentikan sama ada individu perseorangan yang tidak bertanggungjawab mahupun orang politik daripada terlibat dalam ucapan kebencian, mempamer kebencian kaum dengan apa cara sekalipun serta tindakan provokatif yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kejadian di Sepang melibatkan seorang peniaga enggan menjual jagung kepada masyarakat India dan menggunakan bahasa merendahkan adalah sangat membimbangkan.
"Ini menunjukkan sejauh mana sentimen perkauman yang tidak sihat dan tidak rasional telah mempengaruhi segelintir golongan masyarakat," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Iklan
Jelas beliau, sentimen perkauman yang ditunjukkan secara terbuka dan tanpa rasa malu, tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh, sama seperti ucapan rasis oleh ahli politik ekstrem.
"Ini adalah satu realiti yang perlu ditangani melalui tindakan penguatkuasaan dan hukuman.
Iklan
"Kegagalan untuk berbuat demikian akan membawa akibat buruk dan jauh, yang bukan sahaja akan memecahbelahkan negara, tetapi juga akan menyebabkan keruntuhan keharmonian kaum dan agama, serta penghormatan dan toleransi terhadap kepelbagaian yang menjadi ciri-ciri 'Malaysia Truly Asia'," katanya.
Akta antidiskriminasi pernah dibangkitkan beberapa kali oleh pelbagai pihak sebelum ini antaranya Datuk Seri Mujahid Yusof yang mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang berkaitan perkara tersebut.
Sementara pada Ogos 2018, penganalisis politik dan pengamal undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dilapor berkata, negara memerlukan undang-undang yang khusus bagi menangani diskriminasi serta memberikan hak yang saksama untuk semua kaum, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan
Akta ini telah pun dilaksanakan di pelbagai negara maju seperti Australia, Kanada, Perancis, New Zealand dan Amerika Syarikat.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.