KOTA KINABALU - Bencana banjir di Sabah kini pulih dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir Sekolah Kebangsaan Sukau di Kinabatangan, ditutup secara rasmi pada malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu 54 orang daripada 13 keluarga yang ditempatkan di PPS itu, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.