Stor e-waste terbakar sejak Jumaat masih belum padam - Bomba

Iklan
Kebakaran sebuah stor disyaki e-waste yang berlaku di Kampung Usaha Jaya, di Segamat sejak Jumaat masih belum berjaya dipadamkan.

SEGAMAT - Kebakaran sebuah stor disyaki simpanan sampah elektronik (e-waste) yang berlaku di Kampung Usaha Jaya, di sini, sejak Jumaat sudah berjaya dipadamkan sebanyak 60 peratus.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Penolong Pegawai Bomba Mohd Hafifie Md Sarif berkata, kerja operasi pemadaman dengan melemaskan menggunakan tanah dan pasir sedang dijalankan.

Iklan
Iklan

"Kawasan kejadian dibahagikan kepada tiga sektor iaitu A, B dan C.

"Bagi sektor A dan B, sudah berjaya dipadamkan. Jadi, peratus kebakaran yang masih tinggal adalah sebanyak 40 peratus," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan pemantauan kejadian kebakaran bahan aluminium di sebuah stor disyaki simpanan e-waste.

Ketua Pengarah Bomba, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.05 pagi, Jumaat.

Iklan

Menurutnya, operasi pemadaman tidak boleh menggunakan air dan 'foam' (bahan pemadam api jenis buih) kerana bahan tersebut bertindak balas menghasilkan gas hidrogen yang berbahaya.