‘Macam-macam ragam pelanggan COD’
Iklan
Bekerja dalam industri gig bukan mudah kerana perlu berdepan dengan pelbagai karenah dan ragam pelanggan. Gambar kecil: Amar Firdaus
SHAH ALAM - Pemandu p-hailing sering berdepan dengan pelbagai situasi dan cabaran sepanjang menjalankan tugas mereka.
Bekerja dalam industri gig bukan mudah kerana mereka perlu berdepan dengan pelbagai karenah dan ragam pelanggan terutama yang menggunakan kaedah perniagaan secara tunai semasa penghantaran (COD).
Iklan
Iklan
Setiausaha Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia, Amar Firdaus Adnan berkata, pernah berlaku situasi di mana pemandu p-hailing tidak dapat menyalurkan wang COD mereka ke dalam bank.
"Keadaan ini banyak berlaku pada pemandu yang ambik tempahan COD. Bank asyik tendang duit keluar, bila periksa rupanya duit palsu.
Iklan
"Biasa duit palsu itu not RM50 dan RM100. Kebanyakkan pemandu p-hailing hendak cepat kejar pesanan, sampaikan sudah kena tipu baru beringat.
"Apabila jadi seperti itu, kita cuma boleh buat aduan polis saja,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Iklan
Ujar Amar Firdaus, terdapat juga taktik lain yang digunakan oleh pelanggan COD seperti penipuan makanan.
Menurutnya, kaedah tersebut turut dihadapi oleh peniaga, yang menggunakan platform pembayaran secara kod respons pantas (QR).
"Mereka kata akan menyalurkan duit menggunakan kod QR. Dalam akaun duit sudah masuk, tetapi tidak sampai setengah jam kemudian wang itu keluar balik.
"Bab ini saya tidak pasti macam mana mereka buat, tetapi banyak kes sebegini saya dengar berlaku,” ujarnya.
Dalam pada itu, seorang pemandu p-hailing ingin dikenali sebagai Wan berkata, pengalaman bekerja selama lima tahun dalam industri tersebut turut mendedahkannya dengan helah pelanggan yang memberi janji palsu.
Kata Wan, ada pelanggan yang menggunakan COD tetapi sengaja menyuruh pemandu p-hailing meletakkan makanan yang dipesan di atas pagar atau kotak yang disediakan.
"Bila kita sudah letak makanan, pelanggan itu tidak mahu keluar untuk memberi bayaran. Padahal dia guna COD ini.
"Jika pemandu tidak perasan dan mereka akan tinggalkan makanan itu tanpa terima bayaran, di situ mereka sudah rugi,” katanya.
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.