KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan dijalankan susulan laporan diterima dan pasukan penyiasat telah melakukan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (sebelum pindaan) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.