DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Iklan
Operasi DBKL dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa. Foto DBKL
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa menyita kerusi, meja serta peralatan lain diletakkan di laluan awam tanpa kebenaran DBKL di ibu negara.
Menurut DBKL, sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dalam operasi diadakan di Jalan 2/76c Desa Pandan dan Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh).
Iklan
Iklan
"Antara barangan yang disita adalah meja dan kerusi plastik, khemah dan lain-lain peralatan.
Antara barangan yang disita adalah meja dan kerusi plastik, khemah dan lain-lain peralatan. Foto DBKL
"Kesemua barangan itu dibawa ke stor sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi," menurut kenyataan DBKL di Facebooknya.
Iklan
Dalam pada itu, pihak DBKL turut memaklumkan akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti pasti.
"Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/," tambah kenyataan itu.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'"><meta itemprop="description" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AmirudinShari #Selangor #PenternakanBabi #Pencemaran #AlamSekitar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-13T05:08:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZpVlE1fPTDEv6vuuR/x120"><meta itemprop="duration" content="P141S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9xn4jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9xn4jy"></script>