[VIDEO] Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad -Foto Bernama

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan surat peletakan jawatan itu telah diserahkan pada 1 tengahari.

Kenyataan media JPM

Bagaimanapun pejabat itu tidak menyatakan siapa yang memangku jawatan itu.

Iklan

Dr Mahathir dijangka akan menghadap Agong jam 5 petang ini di Istana Negara.

Sebentar tadi, Parti Bersatu telah mengumumkan keluar Pakatan Harapan menerusi satu kenyataan oleh Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar puas hati pertemuan dengan Dr Mahathir

Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat PKR

Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO