Warga asing pun sudah berani buat pasar malam sendiri

Iklan
Warga asing menjual barang mentah termasuk ikan, semuanya diletakkan di tepi jalan tanpa sebarang kawalan.

BARU-BARU ini Merak Jalanan singgah di sebuah kedai mencuci kereta di Puchong. Itu kali pertama Merak Jalanan mencuci kereta di situ setelah disyorkan seorang rakan.

Sementara kereta dicuci, Merak Jalanan berjalan-jalan mencuci mata di deretan kedai berdekatan. Tapi timbul rasa jijik pula apabila melihat tangga-tangga di rumah kedai itu dipenuhi kesan ludahan sireh berwarna merah.

Iklan
Iklan

Di kawasan padang bola berhampiran rumah kedai itu pula kelihatan sekumpulan warga asing bermain bola sepak, manakala sekumpulan lagi menjadi penonton. Mereka langsung tidak ada rasa takut sebaliknya Merak Jalanan pula rasa asing berada di situ.

Menurut rakan Merak Jalanan, kawasan itu memang dihuni ramai warga asing. Dapat dilihat warga asing bertali arus melintasi unit-unit kedai. Ada antaranya mencangkung menunggu penjaja menyiapkan sireh di kaki lima.

Iklan

Lebih mengejutkan, Merak Jalanan lihat sendiri kelompok warga asing ini membuka ‘pasar malam’ sendiri dipercayai dijalankan tanpa lesen.

Merak Jalanan diberitahu sudah bertahun-tahun mereka menjalankan pasar malam di kawasan tersebut. Ada yang menjual pakaian, barang mentah termasuk ikan, semuanya diletakkan di tepi jalan tanpa sebarang kawalan.

Iklan

Justeru, Merak Jalanan minta sangatlah kepada pihak berkuasa terutama Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tengok-tengokkan perkara ini. Difahamkan, penduduk tempatan turut mengadu rasa rimas dan khuatir dengan keselamatan mereka.

Merak Jalanan percaya, banyak lagi kawasan sebegini yang seolah-olah sudah menjadi perkampungan warga asing. Tidak pasti sama ada pihak berkuasa tidak nampak atau buat-buat tidak nampak.

Janganlah sampai kawasan tersebut jadi macam negara mereka sendiri sehingga boleh sesuka hati melakukan apa sahaja tanpa kawalan.