LOS ANGELES - Sebuah pesawat tentera terhempas di Teluk San Diego pada Rabu, lapor Xinhua memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat San Diego.
Menurut Jabatan Polis Pelabuhan San Diego, dua juruterbang berjaya diselamatkan selepas jet pejuang itu terhempas ke dalam air di kawasan Shelter Island.