Hasrat Trump boleh burukkan lagi ketegangan Asia Barat

Iklan
Hasrat Trump untuk menjadikan Gaza sebagai Riviera Asia Barat akan membawa pelbagai kesan jangka panjang yang kompleks. (Gambar kecil: Hussain Yusri) Foto AFP

SHAH ALAM – Kedegilan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk membeli dan memiliki Genting Gaza bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang antarabangsa malah boleh memburukkan lagi ketegangan di Asia Barat.

Ketua Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa, Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, konflik bersenjata dikhuatiri tercetus kembali daripada tindak balas kumpulan pejuang di Gaza seperti Hamas dan Jihad Islam yang melihat hasrat itu sebagai usaha imperialisme baharu oleh AS dan sekutunya.

Iklan
Iklan

"Cadangan ini berpotensi mencetuskan ketegangan yang lebih mendalam antara Israel, Palestin dan negara-negara Arab. Gaza adalah wilayah yang di sisi undang-undang atau secara de jure diiktiraf sebagai sebahagian daripada Palestin.

"Jadi sebarang usaha menjual atau memindah milik wilayah ini kepada kuasa asing akan dianggap sebagai pelanggaran hak asasi rakyat Palestin terhadap kedaulatan dan tanah air mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Mengulas lanjut, Hussain Yusri menjelaskan, AS tidak mempunyai sebarang bidang kuasa untuk memiliki atau membangunkan Gaza dari sudut undang-undang antarabangsa kerana ia diiktiraf sebagai wilayah Palestin berdasarkan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Resolusi 242 dan 338 yang menegaskan hak rakyat Palestin terhadap wilayah mereka,” ujarnya.

Justeru katanya, rancangan Trump boleh dianggap sebagai tidak sah dari segi undang-undang antarabangsa selain tidak realistik berikutan tentangan global terhadap cadangan tersebut sangat tinggi yang akan mengakibatkan AS menghadapi tekanan domestik dan antarabangsa.

Iklan