JOJ 2025 platform kerajaan Johor selami masalah rakyat - MB

Iklan
Onn Hafiz (dua dari kanan) menyantuni penduduk di DUN Kukup pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Program Jelajah Orang Johor (JOJ) 2025 menjadi platform untuk rakyat negeri ini mengutarakan sebarang masalah dihadapi atau kekurangan barangan keperluan kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, program berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk turun ke lapangan mendekati seluruh Bangsa Johor.

Iklan
Iklan
JOJ bukan sekadar lawatan semata-mata tetapi komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kepimpinan tertinggi negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin akar umbi dapat mendengar sendiri denyut nadi serta memahami keperluan rakyat.

"Program JOJ bukan sekadar lawatan semata-mata tetapi komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kepimpinan tertinggi negeri, ketua jabatan dan pemimpin akar umbi dapat mendengar sendiri denyut nadi serta memahami keperluan rakyat.

"Acara ini juga menjadi platform hebahan dan penyampaian tentang setiap dasar serta inisiatif kerajaan negeri di samping mendapat maklum balas secara terus demi memastikan pembangunan Johor bersifat menyeluruh dan inklusif," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Iklan
Onn Hafiz

Sebelum ini, beliau merasmikan program JOJ 2025 yang dilancarkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup, Pontian pada Isnin.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, setiap program dan inisiatif berkenaan bukan bersifat 'one-off' dan ia diteruskan ke semua DUN di Johor dalam tahun ini.

Iklan
JOJ 2025 akan diteruskan ke semua DUN yang lain dalam negeri Johor.

Ujarnya, program JOJ mengetengahkan pelbagai usaha kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban rakyat dan memastikan kehidupan yang lebih sejahtera.

"Ia melibatkan Jualan Kasih yang mendapat peruntukan keseluruhan RM6.6 juta dan program baik pulih serta bina baru rumah dengan peruntukan sebanyak RM27.7 juta.

"Ini termasuk Program Dapur Kasih berjumlah RM3.9 juta, Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM243 juta kepada 231,000 penerima, Bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebanyak RM212 juta kepada 209,000 asnaf serta Bantuan Bilik Guru yang diperuntukkan RM5.97 juta kepada 1,194 sekolah seluruh Johor," ujarnya.