Azalina tegaskan komitmen Malaysia perkasa kerjasama undang-undang ASEAN

Iklan
Azalina (kiri) menyifatkan pertemuan bersama bersama Timbalan Perdana Menteri Kemboja merangkap Menteri Keadilan, Koeut Rith dalam lawatan kerja ke Phnom Penh berlangsung dengan sangat baik dan bermanfaat.

SHAH ALAM - Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala serta menegaskan semula komitmen negara untuk memperkasa timbang tara komersial antarabangsa antara topik utama dibincangkan sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dengan pertumbuhan pesat ekonomi serantau, sebuah rangka kerja penyelesaian pertikaian yang kukuh dan holistik amat penting untuk meningkatkan keyakinan dan pelaburan.

Iklan
Iklan

"Pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Kemboja merangkap Menteri Keadilan, Koeut Rith dalam lawatan kerja ke Phnom Penh berlangsung dengan sangat baik dan bermanfaat.

"Selaras dengan hasrat itu, saya telah menyampaikan sendiri jemputan secara rasmi kepada Koeut untuk menghadiri Forum Undang-Undang ASEAN 2025 yang dijadualkan pada Ogos depan di Kuala Lumpur.

Iklan

Tambah Azalina, beliau turut berkesempatan menyampaikan maklumat dan penerangan berhubung penganjuran Konvensyen ASEAN 2025 mengenai Bantuan Guaman untuk Kanak-Kanak yang merupakan inisiatif penting bagi mengukuhkan perkhidmatan guaman khusus di seluruh ASEAN.

"Kami berdua berkongsi pendirian tegas yang sama berhubung pemerkasaan hak dan kesejahteraan kanak-kanak.

Iklan

"Konvensyen anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Malaysia ini akan diadakan pada Jun depan.

"Saya juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Koeut dan para pegawai Kementerian Keadilan Kemboja atas layanan baik serta kesudian menerima delegasi Malaysia yang mencerminkan semangat kesatuan dalam kalangan negara-negara ASEAN,” katanya.