Kereta terjunam dari tingkat tiga, warga emas nyaris maut

Iklan
Seorang lelaki warga emas nyaris maut apabila kereta dipandunya terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur petang Ahad.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas nyaris maut apabila kereta dipandunya terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.45 petang ketika lelaki berusia 78 tahun berkenaan hendak meletak kereta jenis Proton Saga itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, lelaki terbabit dipercayai tertekan pedal minyak lalu melanggar dinding bangunan tempat meletak kenderaan di tingkat 3A itu, menyebabkan ia pecah sebelum kenderaannya terjunam.

"Warga emas itu bernasib baik kerana hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Kawasan itu ditutup bagi kerja-kerja pembaikan segera oleh pihak pengurusan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Terdahulu, tular satu video memaparkan sebuah kereta terjunam dari tempat letak kereta bertingkat dengan pemandunya kelihatan dibantu orang awam. - Bernama

Iklan