Masjid, surau seliaan Jakim, Jawi adakan solat hajat doakan kesejahteraan Agong esok
Iklan
Masjid di bawah seliaan Jakim iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya akan mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
PUTRAJAYA - Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, akan mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, solat hajat dan doa selamat selepas solat maghrib esok itu turut diadakan di masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Iklan
Iklan
"Umat Islam adalah diundang untuk bersama-sama ke masjid atau surau berkenaan bagi mendoakan Seri Paduka Baginda agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Jumaat lepas, Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan Seri Paduka Bagina berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Iklan
Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan"><meta itemprop="description" content="Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-23T10:36:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbz3e6m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbz3e6m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbz3e6m"></script>