Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak berkurangan malam ini
Iklan
Jumlah mangsa di Sabah yang ditempatkan di PPS meningkat kepada 1,034 orang daripada 322 keluarga. Foto hiasan
KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat, manakala di Sarawak mencatatkan penurunan setakat jam 8 malam ini.
Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 1,034 orang daripada 322 keluarga, berbanding 989 orang daripada 308 keluarga pada jam 4 petang tadi.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, 538 orang daripada 177 keluarga ditempatkan di dua PPS daerah Beaufort, 275 orang (71 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan, manakala mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 221 orang (74 keluarga) yang berlindung di sebuah PPS.
"Trend pemindahan mangsa banjir di Beaufort dan Kinabatangan kekal, manakala di Membakut pula meningkat,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan jumlah mangsa berkurangan kepada 1,570 orang, berbanding 1,877 orang petang tadi dengan 14 PPS masih lagi beroperasi.
Kenyataan itu memaklumkan 613 mangsa berlindung di empat PPS di bahagian Bintulu, 603 orang ditempatkan di empat PPS bahagian Mukah dan 33 orang berada di dua PPS bahagian Sibu, manakala di bahagian Miri kekal 321 orang di empat PPS. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>