MUAR - Sebuah rumah dan dua buah motosikal musnah terbakar dalam kejadian membabitkan dua rumah di Kampung Parit Sakai Darat, Muar awal pagi tadi.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BB) Muar, Penguasa Bomba Kanan 2, Mohd Fettry Mahat, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran berkenaan pada jam 8.18 pagi.