Fitnah Ebit Lew, Caprice diperintah bayar RM220,000 serta-merta

Iklan
Caprice (kiri) gagal dalam permohonannya untuk menggantung pembayaran ganti rugi sebanyak RM220,000 kepada Ebit Lew (kanan).

SHAH ALAM - Penyanyi rap, Caprice gagal dalam permohonannya di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin untuk menggantung pembayaran ganti rugi sebanyak RM220,000 kepada Ebit Lew kerana memfitnah penceramah bebas itu pada 2023 lalu.

Hakim, Zuhrina Mohamed Nor memutuskan demikian dengan memerintahkan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 40, mendepositkan ganti rugi ke akaun peguam yang mewakili Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 42, serta-merta.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut memerintahkan penyanyi lagu ‘Lenglui’ itu membayar kos sebanyak RM2,000.

Pada 15 September 2023, Ariz yang juga aktivis kemanusiaan dipercayai memuat naik rakaman video yang mana wanita berkenaan dijadikan sebagai tetamu jemputan.

Iklan

Pendakwah selaku plaintif mendakwa, rakaman itu antara lain membawa maksud Ebit melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap Mondy, selain seorang yang tidak bertanggungjawab serta penunggang agama.

Ebit (dua dari kanan) hadir bersama peguam-peguamnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Iklan

Plaintif mendakwa Ariz selaku defendan pertama secara jahat menerbitkan video berkenaan tanpa membuat sebarang pengesahan fakta daripadanya atau peguam.

Katanya, banyak komen negatif, cacian dan makian didakwa dikeluarkan oleh pengikut akaun YouTube Caprice akibat penerbitan video itu.

Plaintif turut mendakwa kenyataan berbaur fitnah dikeluarkan Ariz dan Mondy yang menyebabkan dirinya dikecam, diejek dan diaibkan.

Pada 29 September tahun sama, polis memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan dakwaan kes gangguan seksual dan fitnah membabitkan Ebit, Mondy serta Ariz.

Dalam prosiding ini, Ebit diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader dan Fatin Izyan Mazlan sementara peguam, Mohd Rezan Ezra Muhammad Mosinal hadir bagi pihak Ariz.

Ebit (dua dari kanan) hadir bersama peguam-peguamnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Pada 17 Ogos lalu, Zuhrina memerintahkan Ariz memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM220,000 kepada Ebit kerana memfitnah.

Ariz perlu membuat permohonan maaf dan memadamkan tujuh kenyataan bersama pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo dalam masa 48 jam.

Selebriti itu juga tidak boleh mengeluarkan komen atau membuat kenyataan mengenai Ebit.

Dalam prosiding sama, mahkamah menolak tuntutan balas Ariz dengan alasan ia tidak berasas.