Lori terbabit kemalangan 'hilang' dari lokasi kejadian

Iklan
Anggota penyelamat sedang mengeluarkan mangsa.

JOHOR BAHRU - Seramai 21 penumpang dan seorang pemandu bas jenis hino terlibat dalam kemalangan dengan lori di kilometer 35.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.24 pagi dan setibanya di lokasi kejadian lori yang disyaki terlibat dalam kemalangan tersebut sudah tiada.

Iklan
Iklan
Keadaan bas selepas terbabit dalam kemalangan.
Iklan

"Terdapat 22 mangsa yang terdiri daripada 11 lelaki dan lapan wanita (selamat), manakala dua lelaki serta seorang wanita alami kecederaan.

"JBPM bertindak mengeluarkan dua orang mangsa menggunakan 'stretcher' dan seterusnya menghantar tiga mangsa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.

Iklan

"Mangsa lain pula diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan seterusnya," katanya pada Ahad.