Malaysia tidak terkesan air berkarbonat didakwa mengandungi klorat tinggi

Iklan
Dzulkeflya (kiri), Laporan Sinar Harian berhubung gesaan CAP.

BUTTERWORTH - Malaysia tidak terkesan dengan produk air berkarbonat yang didakwa mengandungi paras klorat tinggi sebagaimana berlaku di beberapa negara Eropah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, maklum balas daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati produk yang didakwa mengandungi paras klorat tinggi itu hanya dikesan diedarkan di beberapa buah negara Europah sahaja.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, hanya Belgium, Luxembourg, United Kingdom dan Belanda yang terkesan dengan produk tersebut.

"Saya mendapat maklum balas daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan yang mana saya difahamkan, apa yang berlaku hanya melibatkan beberapa buah negara sahaja.

Iklan

"Ia bukan fenomena global, mungkin ada berkait rapat dengan isu rantaian bekalan batch atau konsainan tertentu," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Wellness Hub Seberang Perai Utara (SPU) di Klinik Kesihatan Sungai Dua di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, Dzulkefly berkata, Malaysia akan terus memantau dan berwaspada terhadap isu tersebut.

Iklan

"Kita tidak akan berhenti untuk terus memantau dan berwaspada dengan isu ini. Namun, kita belum ada lagi bukti yang menyatakan Malaysia terkesan.

"Produk-produk di Malaysia dan rantau Asia ini belum ada yang redflag untuk kita beri peringatan atau tindakan untuk kita gantung (produk tersebut) dan sebagainya," katanya lagi.

Tambah beliau, pihak kementerian akan mengemaskini kepada umum sekiranya tindakan susulan diambil berhubung isu berkenaan.

Terdahulu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya segera menguji produk air berkarbonat yang dijual di Malaysia bagi memastikan ia bebas daripada pencemaran klorat.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, selagi keputusan ujian belum diperoleh, penjualan produk berkenaan wajar ditangguhkan demi keselamatan pengguna.

Menurutnya, gesaan itu dibuat susulan penarikan balik minuman berkarbonat berkenaan di beberapa negara Eropah selepas pihak berkuasa mendapati paras klorat yang tinggi dalam produk tersebut.



ARTIKEL BERKAITAN

https://www.sinarharian.com.my/article/711561/edisi/utara/cap-gesa-kkm-uji-minuman-berkarbonat