Pembelian MASwings oleh kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Februari
Iklan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri Majlis Makan Malam sempena Tahun Baharu Cina anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA), malam ini. Foto Bernama
KUCHING - Pembelian syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd, anak syarikat Malaysian Aviation Group (MAG) oleh kerajaan negeri Sarawak bakal dimuktamadkan menerusi satu perjanjian yang akan dimeterai pada 12 Februari ini.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah membuat pengumuman itu sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Borneo Cross Border Cycling Tour 2025 di sini malam ini.
Iklan
Iklan
Sementara itu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan.
"Tunggulah 12 haribulan (Februari). Sabar-sabarlah,” katanya kepada pemberita apabila dimaklumkan berhubung pengumuman yang dibuat Abdul Karim.
Iklan
Sebelum ini, proses pengambilalihan syarikat penerbangan berkenaan sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Disember lepas, namun kedua-dua belah pihak memutuskan untuk menggunakan khidmat penilai ketiga bagi menentukan nilai keseluruhan aset syarikat tersebut. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'"><meta itemprop="description" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian, 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AjaranSesat #TanahPerkuburan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T06:21:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZkqoC1fLsFUTv0-h8/x120"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9wwvpo"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9wwvpo"></script>