Hazani bersara selepas 38 tahun tabur bakti

Iklan
Hazani disampaikan simbolik penghargaan ketika Majlis Paluan Berundur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Hazani Ghazali mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menabur bakti selama 38 tahun, susulan persaraan wajibnya Februari ini.

Majlis Paluan Berundur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada Jumaat dihadiri pegawai kanan dan isteri masing-masing adalah simbolik penghormatan terakhir buat Hazani yang hadir ditemani isterinya, Datin Seri Fadziah Abdul Hamid.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hadir menyempurnakan majlis paluan berundur tersebut.

Majlis yang bermula pada 5 petang itu, diserikan dengan persembahan Pancaragam PDRM dengan Hazani diberi penghormatan memimpin persembahan, diikuti deklamasi sajak.

Hazani diberikan penghormatan memimpin pancaragam ketika Majlis Paluan Berundur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada Jumaat.

Iklan

Hazani dilahirkan pada 10 Februari 1965 di Machang, Kelantan itu meniti tangga kerjaya dalam PDRM sebagai Pegawai Pemerintah Platun (BN 14 Kuching) pada tahun 1988, diteruskan dari Pegawal Gerakan (UTK, Bukit Aman) bermula 1989 sehingga 2002.

Berbekalkan pengalaman luas dan kepimpinan yang tinggi, beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) pada 31 Januari 2024.

Iklan

Antara kejayaan yang dilakar adalah beliau berperanan dalam memastikan sumber dan aset keselamatan negara digunakan secara efektif untuk membanteras ancaman keselamatan seperti keganasan, ekstremisme dan kegiatan subversif.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hadir menyempurnakan majlis paluan berundur tersebut.

Selain itu, hasil usaha beliau turut menyaksikan PDRM berjaya menumpaskan beberapa ancaman berkaitan militan dan keganasan terutamanya di timur perairan Sabah melalui Operasi Bersepadu dengan pelbagai agensi keselamatan.

Hazani turut memainkan peranan besar dalam menangani ancaman pencerobohan, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan yang sering menjadi perhatian di kawasan tersebut ketika memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.

Sepanjang menerajui Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia sebagai Ketua Pengarah, beliau memainkan peranan penting dalam pewartaan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (Akta 860).

Usahanya juga ditunjukkan apabila beliau telah mengetuai operasi yang berjaya merampas barangan seludup bernilai jutaan ringgit dan ini menunjukkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin yang berkaliber walaupun AKPS baru sahaja ditubuhkan.