AmanahRaya terima sijil ABMS, bukti tadbir urus terbaik
Iklan
Azam (tengah) menyerahkan replika sijil ABMS kepada Ahmad Feizal (dua dari kanan) dalam acara rasmi yang diadakan di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur.
SHAH ALAM - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) menerima Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016.
Pengiktirafan itu membuktikan organisasi tersebut mengamalkan profesionalisme dan tadbir urus yang baik.
Iklan
Iklan
Pengarah Urusan Kumpulan tersebut, Ahmad Feizal Sulaiman berkata, kejayaan itu membuktikan AmanahRaya berjaya memperkukuhkan budaya integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan organisasi.
Menurutnya, sebagai agensi kerajaan, AmanahRaya sentiasa menitikberatkan amalan tadbir urus yang baik dalam setiap aspek perkhidmatan.
Iklan
"Kini, AmanahRaya sedang menguruskan lebih 13,000 kes pusaka dan lebih kurang 41,000 fail amanah dengan jumlah nilai dianggarkan RM3 bilion,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Turut hadir, Ketua Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat (PENMAS), Westmoreland Anak Ajom; Ketua Jabatan Pematuhan, Integriti & Tadbir Urus Kumpulan, M Kanakaraja; Ketua, Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Nazli Rashid Sulong dan Pengerusi AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd,Mohd Razlan Mohamed.
Iklan
Mengulas lanjut, menurut Ahmad Feizal, pencapaian tersebut mengukuhkan lagi keperluan untuk memastikan sistem pengurusan yang lebih telus dan berintegriti dalam organisasi.
Tambahnya, pengiktirafan itu mencerminkan ketegasan AmanahRaya dalam mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap ketelusan operasi syarikat.
"Dengan adanya sistem kawal selia yang lebih ketat, AmanahRaya akan dapat mengekalkan kepercayaan pelanggan dan memastikan kelangsungan perniagaan yang mampan,” katanya.
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com