Enam individu ditahan curi barang kemas RM157,600

Iklan
Polis menahan enam individu kerana disyaki mencuri barang kemas di sebuah rumah di Taman Harmoni, Skudai pada Sabtu lepas. Gambar kecil: Balveer Singh

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki mengalami kerugian kira-kira RM157,000 selepas barang kemas miliknya dicuri dalam kejadian di Taman Harmoni, Skudai di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 11.17 malam.

Iklan
Iklan

"Sebelum itu pada jam 8 malam, mangsa menyedari barang kemas bernilai RM157,600 miliknya yang disimpan di tempat sembahyang di kediamannya lesap.

"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kesan pecah rumah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau, susulan itu pada Isnin sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara berjaya memberkas empat lelaki berusia antara 17 hingga 18 tahun dan dua wanita berusia 35 dan 42 tahun di kawasan Skudai.

"Polis berjaya membuat rampas pelbagai barang kemas termasuklah tiga utas rantai leher, dua utas gelang tangan, satu bentuk cincin, tiga kerabu hidung, enam pasang anting-anting dan dua loket subang.

Iklan

"Turut dirampas tujuh keping resit pajak gadai serta sekeping resit belian balik dan kesemua barang kemas yang dirampas itu bernilai kira-kira RM70,000," katanya.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati keenam-enam suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan mereka kini direman selama empat hari sehingga Ahad.

"Kes disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda. Bagi kesalahan kedua atau seterusnya boleh dipenjara, didenda atau disebat," katanya.