Dicekup jual dadah di jirat Cina

Iklan
Zulkafli menunjukkan antara kejayaan polis menahan suspek-suspek dalam Op Tapis Khas Kontinjen Perak daerah Ipoh dan Selama.

IPOH - Polis berjaya menumpaskan kegiatan penyalahgunaan dadah apabila menahan tujuh individu di sebuah jirat Cina yang dijadikan sarang penagih di Tanjung Rambutan.

Turut ditahan dua lelaki bertindak sebagai ‘penjaga’ yang memantau laluan keluar masuk lokasi dan mengesan pergerakan mencurigakan daripada pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, tanah perkuburan terbabit merupakan salah satu lokasi serbuan dijalankan pasukan menerusi Ops Tapis Khas Kontinjen Perak di daerah Ipoh dan Selama.

Zulkafli (tiga dari kanan) menunjukkan dadah-dadah yang dirampas dalam Op Tapis Khas Kontinjen Perak daerah Ipoh dan Selama.

Menurutnya, operasi yang dilaksanakan selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis itu berjaya menahan 80 individu termasuk dua wanita berusia 25 hingga 70 tahun.

Iklan

"Daripada keseluruhan tangkapan tersebut, 10 orang ditahan disyaki pengedar dadah, 21 orang ditahan bagi kesalahan memiliki dadah dan 49 orang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Seramai dua individu yang merupakan orang dikehendaki juga telah ditangkap. Keseluruhan tangkapan dilakukan, polis mengenal pasti lapan penagih tegar yang akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C akta sama," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Jumaat.

Iklan

Zulkafli berkata, operasi tersebut merupakan usaha berterusan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang menjadi kegusaran kepada masyarakat.

Jelas beliau, seramai 2,293 individu atas pelbagai kesalahan dadah menerusi pelbagai operasi yang dijalankan seluruh negeri bermula Januari lalu.

"Dalam operasi itu juga, seorang anggota polis berpangkat koperal terpaksa menjalani pembedahan selepas cedera di bahagian kaki kanan akibat bergelut semasa menahan dengan suspek.

"Polis berjaya merampas 38.6kg dadah jenis syabu, ketamin, pil ecstacy, pil yaba dan erimin 5 serta dadah tradisional ganja dan heroin dengan nilai keseluruhan RM770,766.96," katanya.

Zulkafli berkata, orang ramai diminta terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar tindakan pembanterasan dapat ditingkatkan di negeri ini.