Hanya seorang bayi diserahkan di 'baby hatch' Pahang

Iklan
Sabariah (kanan) meninjau pusat perlindungan bayi yang dilancarkan kembali di Hospital Pakar KPJ Pahang di sini pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN

KUANTAN - Seorang bayi perempuan diselamatkan di satu-satunya 'baby hatch' atau pusat perlindungan bayi yang diwujudkan di negeri ini sejak tahun 2012.

Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, bayi terbabit diserahkan individu tidak dikenali melalui pusat itu di Hospital Pakar Kuantan di Alor Akar di sini kira-kira 10 tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selepas hampir 13 tahun, pusat perlindungan bayi itu dilancarkan kembali di Hospital Pakar KPJ Pahang di Tanjung Lumpur di sini.

"Pelancaran pusat perlindungan bayi ini bukan menggalakkan seks luar nikah atau mengandung awal tetapi tujuan utamanya adalah menyelamatkan bayi yang tidak berdosa daripada dibuang.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Pusat Perlindungan Bayi Hospital Pakar KPJ Pahang di sini pada Khamis.

Sabariah menandatangani plak perasmian pusat perlindungan bayi yang dilancarkan kembali di Hospital Pakar KPJ Pahang di sini pada Khamis

Sabariah berkata, dengan adanya pusat seumpama itu, keselamatan bayi terbuang akan lebih terjamin.

Iklan

"Pusat ini bukan berfungsi sebagai rumah perlindungan sebaliknya bayi-bayi yang diterima akan diserahkan kepada keluarga angkat yang berminat dengan kebenaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak-pihak berkaitan.

"Kerajaan negeri tidak berhasrat untuk mewujudkan pusat seumpama ini tetapi mungkin boleh berkerjasama dengan KPJ untuk bersama-sama menangani isu pembuangan bayi di negeri ini," katanya.