Lelaki hilang ketika cari siput ditemukan meninggal dunia

Iklan
Mayat lelaki yang hilang ketika mencari siput di Pantai Kebagu, ditemukan terdampar di kawasan batu di perairan berhampiran Kampung Wak-Wak, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU- Lelaki dilaporkan hilang ketika mencari siput di Pantai Kebagu, pada malam Rabu, ditemukan meninggal dunia di perairan berhampiran Kampung Wak-Wak, dekat sini pada Khamis.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditemukan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada jam 11.27 pagi, dalam keadaan terdampar di kawasan batu di perairan tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan bersama agensi lain di daerah ini.

"Pasukan bomba melakukan pencarian dengan kaedah pencarian di permukaan air oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menggunakan bot penyelamat di kawasan pantai di lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Iklan

"Tidak lama kemudian pihak kita menerima laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa mangsa berjaya ditemukan oleh TLDM iaitu sejauh 2.5 batu nautika dari jarak mangsa dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya lagi, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjutnya.

Iklan

"Susulan penemuan mayat tersebut, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.52 pagi," katanya.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan mangsa hanya disedari disedari hilang oleh bapa mentuanya selepas kira-kira satu jam lebih mereka mencari siput di pantai berkenaan.