435 rakyat Malaysia di AS terima notis akhir penghantaran pulang

Iklan
Seramai 1,445,549 bukan warganegara AS dari pelbagai negara telah menerima notis sama.

SHAH ALAM - Seramai 435 rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) menerima notis akhir penghantaran pulang ekoran peraturan ketat imigrasi di bawah pentadbiran baharu Donald Trump.

Berdasarkan data terkini yang dikeluarkan oleh US Immigration and Customs Enforcement (ICE), mereka berada dalam kategori pertengahan antara negara-negera terjejas oleh kempen penguatkuasaan imigrasi dan kini berada dalam senarai ‘non-detain docket ICE’.

Iklan
Iklan

Data yang dikeluarkan pada November 2024 tersebut juga mendedahkan, seramai 1,445,549 bukan warganegara AS dari pelbagai negara telah menerima notis sama.

"Kerjasama daripada kerajaan asal adalah kunci dalam proses penghantaran pulang.

Iklan

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa cara untuk mereka yang bukan warganegara AS kekal berada di negara itu meskipun sudah menerima notis penghantaran pulang.

Merujuk kepada laporan berkenaan, mereka boleh memohon perlindungan di bawah Convention Against Torture atau menangguhkan pemindahan dan sekiranya diluluskan, ICE tidak boleh meneruskan tindakan tersebut.

AS memerlukan kerjasama negara asal untuk mengesahkan kewarganegaraan melalui temu duga.

Iklan

Selain itu, AS turut memerlukan kerjasama kerajaan negara asal untuk mengesahkan kewarganegaraan individu terlibat dan mengeluarkan dokumen perjalanan.

"AS meminta kerajaan negara asal untuk mengesahkan kewarganegaraan melalui temu duga, mengeluarkan dokumen perjalanan dengan negara dan menerima kepulangan mereka melalui penerbangan komersial atau sewaan.

"Jika kerajaan tidak bekerjasama, negara tersebut mungkin diklasifikasikan sebagai ‘tidak bekerjasama’ atau mungkin berisko untuk tidak memenuhi permintaan AS,” katanya.

Sehingga kini, masih tiada kenyataan rasmi dari Kementerian Luar Negeri Malaysia susulan isu yang melanda dan diharapkan kerajaan untuk mengambil langkah proaktif bagi memastikan hak dan keselamatan rakyat terjamin.