Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Iklan
Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani isu geopolitik dan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani isu geopolitik dan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bertanyakan kepada Menteri Luar mengenai objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.

Iklan
Iklan

Pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri itu, Mohd Shahar juga ingin tahu bagaimana Malaysia berperanan dalam proses keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN dan inisiatif strategik memperkukuh pembangunan kapasiti negara itu.

Dalam sesi sama, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan langkah kerajaan dalam menangani isu geopolitik dan ketidaktentuan perdagangan dunia, khususnya kemungkinan kenaikan tarif yang akan memberi kesan terhadap eksport Malaysia terutamanya ke Amerika Syarikat.

Iklan

Pada sesi soal jawab pula, Zahir bin Hassan (PH-Wangsa Maju) meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan keberkesanan pelaksanaan Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) sebagai akses pihak ketiga bagi perolehan tenaga khususnya manfaat dari sudut ekonomi.

Turut bertanyakan soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai status terkini pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok.

Iklan

Persidangan Dewan Rakyat seterusnya menyambung sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac ini. - Bernama