KAHERAH - Sebanyak 340 trak yang membawa bekalan bantuan dan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza pada Isnin melalui lintasan Rafah dan Kerem Shalom, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Konvoi itu turut merangkumi 25 trak membawa bahan api dan lima trak membawa gas.