SKM umum dividen ADK 3.60 peratus, jumlah agihan RM12.46 juta bagi 2024
Iklan
SKM hari ini mengumumkan dividen 3.60 peratus bagi ADK kepada pendeposit (koperasi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. - Gambar hiasan
SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan dividen 3.60 peratus bagi Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada pendeposit (koperasi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Pengerusi Eksekutifnya, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata, jumlah itu melibatkan agihan pendapatan sebanyak RM12.46 juta.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, mengikut statistik sehingga 31 Disember, 2024, sebanyak 904 buah koperasi, termasuk Co-opbank Pertama (CBP) telah mendeposit ADK-Kumpulan Wang Rizab Statutori (ADK-KWRS) dengan jumlah terkumpul mencecah RM411.2 juta.
Bilangan koperasi itu merupakan peningkatan sebanyak 97 peratus daripada 459 buah koperasi pada 2023 manakala jumlah keseluruhan deposit meningkat 32 peratus kepada RM411.2 juta daripada RM312.5 juta pada 2023.
Iklan
"Ini menunjukkan sektor koperasi terus relevan walaupun berdepan dengan ketidakstabilan ekonomi," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman dividen ADK-KWRS bagi tahun kewangan 2024 di sini, hari ini.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, SKM berkata, setakat Januari 2025, jumlah deposit akaun ADK sudah melebihi RM411.2 juta yang disifatkan sebagai prestasi yang amat memberangsangkan bagi gerakan koperasi.
Iklan
Sebagai penghargaan, sebanyak 20 koperasi telah dipilih menerima sijil penghargaan agihan pendapatan ADK bagi 2024.
Suruhanjaya itu turut mengumumkan pelantikan semula CBP sebagai pengurus dana ADK bagi tempoh lima tahun bermula pada 14 Oktober lepas sehingga 2029.
"Usaha itu adalah inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Koperasi bagi memperkasa sektor koperasi,” kata SKM. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>