KETUA Jurulatih Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali mengakui bakal berdepan tugas sukar berdepan BG Panthum United pada cabaran Piala Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2024/25 di Bangkok, malam esok.
Pengendali berusia 49 tahun itu berkata, ia berikutan kelab dari Thailand itu sedang berada pada prestasi terbaik bukan sahaja di Liga Premier Thailand, malah menduduki tangga teratas Kumpulan A.