Polis sahkan terima laporan daripada bekas Naib Canselor UKM

Iklan
Hussein mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Ekhwan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.

SHAH ALAM - Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan
Iklan

"Ada, kita terima dua laporan petang semalam (3 Februari) daripada beliau (Mohd Ekhwan)," katanya pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Mohd Ekhwan beberapa hari lepas.

Iklan

Zambry berkata, pihaknya menerima peletakan jawatan itu kerana Mohd Ekhwan memberikan sebab mahu menumpukan perhatian terhadap perkara lain.

Terdahulu, Mohd Ekhwan mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Naib Canselor UKM berkuat kuasa pada Ahad.

Iklan

Beliau juga memaklumkan sudah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung segala fitnah serta tohmahan yang dilontarkan kepadanya.

Sebelum ini, ada pihak yang mendakwa hasil audit universiti tersebut menunjukkan berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan serta tidak mematuhi proses perolehan yang mengaitkan nama Mohd Ekhwan.