10 peratus anggota bomba di Kelantan alami obesiti

Iklan
Farhan Sufyan (kiri) memakaikan tanda pangkat kepada Penolong Kanan Penguasa Bomba, Shapawi Stapa (tengah) dari Bahagian Keselamatan Kebakaran pada Perhimpunan Bulan JBPM Kelantan di Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU - Sebanyak 10 peratus daripada 673 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dikesan mengalami obesiti.

Pengarah JBPM negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, ia satu jumlah yang amat merisaukan kerana ketetapan indeks jisim badan (BMI) untuk anggota adalah 30 BMI.

Iklan
Iklan

"Untuk mengurangi bilangan anggota obesiti, kami akan mempertingkatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya juga sudah berbincang dengan bahagian latihan untuk memantapkan lagi sesi kecergasan. Ini kerana obesiti melibatkan pelbagai faktor antaranya tahap kesihatan, umur, mungkin keadaan fizikal individu tersebut," katanya dalam sidang akhbar ketika Perhimpunan Bulan JBPM Kelantan di sini pada Selasa.

Iklan

Bagaimanapun, menurut beliau, anggota terlibat akan dikelaskan mengikut masalah dikesan nanti serta mereka akan menjalani aktiviti bersesuaian untuk menurunkan berat badan.

Media sebelum ini melaporkan, syarat kenaikan pangkat anggota JBPM dengan ketetapan BMI daripada 30 kepada 28 akan dibincangkan dalam kementerian.

Iklan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, langkah tersebut diambil bagi menyelaraskan standard JBPM dengan keperluan kenaikan pangkat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana pegawai polis perlu mengekalkan BMI antara 28 hingga 30 untuk layak dipertimbangkan.

Beliau memaklumkan anggota JBPM tidak boleh mempunyai BMI melebihi 30 dan jika melebihi had ini, mereka tidak layak dinaikkan pangkat.