Syaiful Rizal dilantik CEO Yayasan Bank Rakyat

Iklan
Syaiful Rizal (dua dari kiri) menerima Anugerah ACES Award di Bangkok, Thailand pada tahun lalu.

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengumumkan pelantikan Syaiful Rizal Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu organisasi berkenaan.

Jabatan Komunikasi Korporat YBR dalam satu kenyataan memaklumkan, nama beliau dicadangkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar YBR. Perubahan pucuk pimpinan itu adalah sebahagian daripada strategi penyusunan semula dalaman organisasi berkenaan.

"Pelantikan Syaiful Rizal sebagai CEO adalah untuk mempertingkatkan prestasi, kecekapan dan integriti YBR,” katanya pada Selasa.

Iklan
Syaiful Rizal

Menurut YBR, sepanjang tempoh perkhidmatan beliau organisasi itu menerima pelbagai anugerah antaranya ialah Top Community Centric Companies in Asia di ACES Award 2024 di Bangkok, Thailand.

"Anugerah lain yang turut diterima ialah Anugerah Yayasan Tahunan bagi kategori perbankan pada 2022, 2023 dan 2024 serta anugerah kategori khas Champion CSR Award di Bumiputera Business Excellence Award pada 2023.

Iklan

"YBR juga telah disenaraikan sebagai salah satu daripada tujuh yayasan yang memperoleh markah penuh bagi setiap penilaian ketelusan yang telah dijalankan melibatkan lebih 1,600 yayasan di seluruh negara oleh WIKI Impact pada 2023,” katanya.

Justeru tambahnya, Lembaga Pemegang Amanah YBR meletakkan kepercayaan kepada Syaiful Rizal dalam menerajui organisasi berkenaan kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan aktiviti pendidikan dan tanggungjawab sosial korporat.