ADUN Jeram masuk hospital

Iklan
Mohamed Azmin (kanan) turut memuat naik gambar ketika melawat Harrison dalam hantaran di laman Facebooknya itu pada Isnin.

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan dimasukkan ke hospital selepas menghadapi masalah kesihatan.

Perkembangan itu dikongsi Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Iklan
Iklan

Mohamed Azmin bagaimanapun tidak memperincikan di hospital mana dan masalah kesihatan yang dihadapi oleh Harrison.

"Saya menziarahi sahabat seperjuangan Datuk Harrison Hassan yang diuji dengan sedikit masalah kesihatan.

Iklan

"Saya gembira melihat beliau sudah sembuh dan bertambah ceria dan bertenaga. Semoga Datuk Harrison terus diberikan kesihatan yang berpanjangan," menurut Mohamed Azmin menerusi hantaran itu.

Harrison sebelum ini memenangi kerusi DUN Jeram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 2023 lalu selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Jahaya Ibrahim dengan majoriti 5,398.

Iklan