JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat banjir

Iklan
Sekolah Kebangsaan Nanga Penyarai yang ditenggelami air ketika tinjauan kelmarin.- Foto: Bernama

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini sedang menilai kos baik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana bagi memastikan langkah pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan.

Timbalan Premier yang juga Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jawatankuasa pengurusan bencana di setiap bahagian telah diarahkan untuk mengemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Iklan
Iklan

"Semua agensi juga diingatkan untuk sentiasa bersiap sedia daripada segi aset dan logistik di bawah tanggungjawab masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutamanya gelombang kedua banjir.

"Residen bahagian dan pegawai daerah juga diarahkan untuk memastikan respons yang pantas dan berkesan dalam menangani situasi banjir yang dilaporkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Iklan

Uggah turut menyeru seluruh rakyat Sarawak supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga selain disarankan membuat persediaan awal sekiranya diarahkan berpindah ke tempat yang selamat ketika berlaku bencana. - Bernama

Iklan