Budak 6 tahun maut dilanggar bas 'telolet'

Iklan
Ketika kejadian, AM,16, membonceng motosikal bersama mangsa MS,6,bagaimanapun AM dikatakan hilang tumpuan dan melanggar sebatang tiang telekomunikasi di tepi jalan. Foto Agensi

JAKARTA - Nasib malang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun selepas terlibat dalam kemalangan semasa membuat rakaman video sebuah bas dengan bunyi hon 'telolet' di jalan raya Serang-Pandeglang, Baros, Kabupaten Serang, Banten pada Sabtu.

Media tempatan melaporkan, kanak-kanak itu menyertai sekumpulan yang lain bermotosikal memandu di hadapan bas sambil merakam bas itu menggunakan telefon bimbit di tangan.

Iklan
Iklan

Ketika kejadian, AM,16, membonceng motosikal bersama mangsa MS, 6, bagaimanapun AM dikatakan hilang tumpuan dan melanggar sebatang tiang telekomunikasi di tepi jalan.

Insiden berkenaan menyebabkan mangsa jatuh kemudiannya dilanggar oleh bas tersebut.

Iklan

Ketua Unit Penguatkuasaan Undang-undang (Gakkum) Polis Bandaraya Serang, Ipda Dedi Yuanto berkata, kemalangan itu berpunca daripada kurang tumpuan semasa memandu.

"Akibat kejadian ini, MS meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan parah.

Iklan

"Sementara itu, pemandu motosikal, AM, mengalami kecederaan dan kemudian dibawa ke Hospital Ar Rahman Baros untuk rawatan lanjut," katanya.

Tambahnya, siasatan terperinci kini sedang dilakukan.

Bas telolet merujuk kepada fenomena budaya di Indonesia yang berkaitan dengan bunyi hon khas bas yang berbunyi 'telolet telolet'.

Fenomena ini menjadi tular sekitar tahun 2016 apabila video kanak-kanak di tepi jalan meminta pemandu bas membunyikan hon khas ini tersebar luas di media sosial.

Walaupun fenomena ini sudah kurang tular, ia masih menjadi sebahagian daripada budaya bas di Indonesia dan dikenang sebagai trend global yang unik. - Agensi