14 PATI termasuk dua kanak-kanak ditahan

Iklan
PATI yang ditahan dalam operasi JIM di sekitar Kota Bharu.

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri Kelantan menahan seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua kanak-kanak berusia dua tahun melalui operasi selama dua hari berakhir hari ini.

Pengarahnya, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, PATI yang ditahan ialah empat warga Thailand, lima warga China, tiga warga Kemboja dan masing-masing seorang warga Pakistan serta Indonesia.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, operasi di sekitar Kota Bharu itu bermula jam 10 pagi membabitkan 18 pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan.

"Kita memeriksa beberapa premis di Kampung Kubang Tumang, Kampung Gaung Pendek, Kampung Keling Limbat, Kampung Sireh, Kampung Kok Pasir, Kampung Babong dan Kampung Gong Dermin," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau memberitahu, kesemua mereka berusia di antara 20 hingga 53 tahun, dua lagi kanak-kanak itu kini ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

"Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen1963," katanya.

Iklan

Jelas beliau, operasi itu dilakukan selepas risikan oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Kelantan sebaik sahaja menerima aduan awam.

Mohamed Yusoff Khan turut menggesa orang ramai tampil menyalurkan maklumat atau aktiviti PATI.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat melindungi PATI," katanya.