Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari

Iklan
Kumpulan Hezbollah di Lubnan mengumumkan bahawa upacara pengebumian pemimpin lama mereka Hassan Nasrallah akan diadakan 23 Februari depan.

BEIRUT - [DIKEMAS KINI] Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.

Pengumuman itu dibuat Naim Qassem yang kini menerajui gerakan tersebut menerusi ucapan disiarkan stesen TV pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Situasi keselamatan menyebabkan urusan persemadian beliau terpaksa ditangguhkan selama kira-kira dua bulan. Kami berharap ia dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna bersesuaian dengan personaliti hebat beliau,” katanya.

Qassem juga mengesahkan pendahulunya, Hashem Safieddine yang turut terkorban pada Oktober lalu dan pada mulanya bakal dilantik untuk menggantikan Nasrallah akan disemadikan sebagai 'Setiausaha Agung' Hizbullah.

Iklan

"Urusan pengebumian beliau juga akan berlangsung pada hari sama dengan Nasrallah,” ujarnya lagi.

Menurutnya, sebidang tanah yang terletak antara laluan lapangan terbang baharu dan lama dipilih sebagai lokasi persemadian Nasrallah manakala Safieddine akan dikebumikan di bandar kelahirannya di Deir Qanun di selatan Lubnan.

Iklan

Sebelum ini, Nasrallah disemadikan secara sementara di sebuah lokasi rahsia atas faktor keselamatan selepas perang baharu tercetus bersama Israel pada awal Oktober lalu. - AFP

INFO:

> Sayyed Hassan Nasrallah gugur syahid pada usia 64 tahun dalam serangan udara ke atas selatan Beirut pada 27 September lalu.

> Diangkat sebagai tokoh paling berpengaruh di Asia Barat dan terkenal dengan imej berserban hitam. Sebelum insiden serangan itu, Nasrallah dikatakan tidak pernah muncul di khalayak umum selama beberapa tahun.

> Di bawah kepimpinannya, Hizbullah melatih pejuang Hamas, anggota gerakan penentangan di Iraq dan Yemen serta memperoleh bekalan senjata dari Iran untuk menentang Israel.

> Beliau membawa perubahan besar kepada Hizbullah daripada gerakan militia kepada pasukan lebih kuat berbanding tentera Lubnan.