Struktur gaji jelas, adil perlu diwujudkan

Iklan
Majikan di Malaysia mungkin akan mempertimbang untuk menaikkan gaji pekerja bagi jawatan lebih tinggi susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 yang berkuat kuasa Sabtu lalu. Foto hiasan

SUDAH beberapa kali kadar gaji minimum dinaikan sejak diperkenalkan pada 2013 namun gaji pekerja senior masih ditakuk lama.

Terbaharu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa kelmarin berbanding sebelum ini RM1,500.

Iklan
Iklan

Sedangkan menaikkan gaji pekerja senior bersama dengan kenaikan gaji minimum adalah satu pendekatan yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pekerja sama ada yang berpengalaman atau baru memasuki pasaran kerja.

Jadi wajarlah jika kerajaan mewujudkan pelarasan struktur gaji yang jelas dan adil kerana ia bukan hanya memberi manfaat kepada pekerja baharu tetapi yang lama juga.

Iklan

Majikan di Malaysia mungkin akan mempertimbang untuk menaikkan gaji pekerja bagi jawatan lebih tinggi susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 yang berkuat kuasa Sabtu lalu.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pelarasan tersebut dilihat perlu bertujuan mengekalkan perbezaan gaji antara pekerja bergaji terendah dengan kumpulan kategori lebih tinggi.

Iklan

Menurutnya, ia bagi memastikan ekuiti dalaman dan keadilan dalam organisası dikekalkan selain menjaga keharmonian perhubungan perusahaan di tempat kerja.

"Dengan mengekalkan ekuiti dalaman, syarikat boleh menangani potensi jurang gaji yang tinggi dan menegakkan rangka kerja pampasan berstruktur serta saksama. Ini mencerminkan pelbagai tahap tanggungjawab dan kepakaran merentas peranan berbeza.

Disember lalu, sebanyak 17 belas kesatuan sekerja dan dua NGO menggesa kerajaan mereformasi Perintah Gaji Minimum bagi menaikkan gaji pekerja senior apabila gaji minimum dinaikkan.

Mereka mencadangkan kerajaan menambahkan satu bahagian baru"penyelarasan gaji” (wage adjustment) ke dalam Perintah Gaji Minimum yang akan datang.

Setiap kali gaji minimum dinaikkan, gaji pekerja-pekerja yang lebih tinggi daripada gaji minimum tetapi di bawah had tinggi golongan B40 (RM5,250) harus dinaikkan dengan kadar yang sama dengan kadar kenaikan gaji minimum.

Contohnya, gaji minimum sedia ada RM1,500 akan dinaikkan RM200 iaitu 13.3 peratus ke RM1,700 pada tahun 2025. Jika bahagian penyelarasan gaji dilaksanakan, golongan pekerja yang bergaji di antara RM1,500 dan RM5,250 juga berhak kepada kenaikan gaji 13.3 peratus. Selepas penyelarasan gaji tersebut, seorang pekerja senior yang bergaji RM1,600 akan menjadi RM1,813.