Kerajaan kaji impak platform AI DeepSeek kepada Malaysia - Gobind Singh

Iklan
Gobind Singho (tengah) ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sistem Digital Pengurusan Kuil di Arulmigu Sri Maha Mariamman Thirukkovil, Seksyen 23 Shah Alam hari ini. - Foto: Bernama

SHAH ALAM - Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

DeepSeek mendapat perhatian pantas dan model AI platform itu dikatakan menandingi atau melebihi keupayaan platform yang telah mantap seperti ChatGPT OpenAI.

Iklan
Iklan

Gobind berkata, kerajaan memberikan perhatian serius terhadap DeepSeek dan modelnya sebelum ia boleh disesuaikan untuk kegunaan tempatan agar seiring dengan perkembangan pesat landskap AI.

"Oleh itu, saya berpendapat ini adalah sesuatu yang perlu kita kaji dan akhirnya perlu melihat bagaimana kita juga boleh menyesuaikan diri dengan teknologi ini pada masa depan," katanya selepas menghadiri sesi taklimat mengenai sistem pengurusan digital kuil di Kuil Arulmigu Sri Maha Mariamman Thirukkovil di sini hari ini.

Iklan

Pada 29 Januari, Agensi Anadolu (AA) melaporkan chatbot AI DeepSeek China telah mendapat tarikan pantas di peringkat global, menyaingi ChatGPT walaupun beroperasi dengan sumber yang lebih kecil.

Selain itu, ia telah mengetepikan model terdahulu di beberapa kawasan termasuk Amerika Syarikat, dengan menonjolkan keberkesanan kos dan kecekapannya.

Iklan

Kebangkitan DeepSeek telah mencetuskan perbincangan dalam industri teknologi berikutan ia beroperasi dengan sebahagian kecil daripada sumber yang digunakan pesaingnya.

Prestasi DeepSeek terhadap peneraju industri seperti Google dan OpenAI telah menjejaskan saham teknologi utama khususnya dalam sektor semikonduktor. - Bernama