“Kenapa pelawa KJ, dialah yang kena masuk Pas” - Takiyuddin

Iklan
Takiyuddin, Khairy, Zaid

KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menempelak bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen) yang mencadangkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menyertai Pas.

Takiyuddin sebaliknya mempelawa Datuk Zaid Ibrahim itu sendiri untuk menyertai Pas.

Iklan
Iklan

"Saya persilakan Zaid untuk masuk Pas, buat permohonan untuk masuk Pas.

"Lulus atau tidak, tak tahu lagi tapi kami pelawa dia masuk Pas,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini, Zaid dalam dalam audio siar terbaharunya mencadangkan Khairy Jamaluddin menyertai Pas jika ingin muncul semula dalam politik.

Zaid turut menolak idea jika bekas Menteri Kesihatan itu menubuhkan parti baharu, memandangkan laluannya berliku.

Iklan

Takiyuddin bagaimanapun mempersoalkan kenapa Zaid membuat mempelawa terhadap Khairy Jamaluddin untuk sertai Pas.

Pada 27 Januari 2023, Khairy Jamaluddin dipecat disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau sebelum ini pernah ditawarkan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika memutuskan untuk menyertai parti berkenaan.

Muhyiddin menyatakan ketika itu ada dua kekosongan MPT dan pelawaan kepada Khairy Jamaluddin dibincangkan dengan pemimpin parti lain, namun menegaskan beliau memerlukan masa memberi kata putus.