Mesej tak berjawab, rupanya Syamie-Nurul Syafika korban nahas

Iklan
Muhammad Syamie Farhan (kiri) dan Nurul Syafika Anis yang terkorban dalam kemalangan di Gua Musang. (Kereta dinaiki keluarga kemalangan membabitkan sebuah treler.)

GUA MUSANG – Abang mangsa maut kemalangan sempat menghantar pesanan WhatApps kepada adik iparnya berita treler terbalik di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di sini tanpa menyangka mangsa kemalangan itu adalah adik perempuannya sendiri bersama keluarga.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi itu mengorbankan adik iparnya, pemandu kereta Perodua MyVi, Muhammad Syamie Farhan Adnan, 25, dan adiknya, Nurul Syafika Anis Zulkifli, 26, juga isteri Muhammad Syamie Farhan akibat tersepit dalam kenderaan di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Anak pasangan itu, Nur Irdina Delisha, 10 bulan dan Muhammad Izz Danial, 5, dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut kerana mengalami kecederaan pada bahagian perut.

Mohamad Hasbi Zulkifli, 32, berkata, dia mendapat gambar treler kemalangan melalui satu perkongsian rakan di aplikasi WhatApps pada jam 2 pagi.

Iklan

Mohamad Hasbi

"Kawan saya yang hantar dalam kumpulan Whatapps gambar lori terbalik.

Iklan

"Saya hantar kepada suami adik perempuan supaya dia berhati-hati memandu pulang dari Kota Bharu, tetapi mesej tidak berbalas,” katanya kepada pemberita.

Dia memberitahu, kemudiannya mengambil telefon dan memasang pengecas sebelum tidur namun sekejap selepas mendapat panggilan telefon daripada pihak polis memaklumkan kejadian itu pada jam 2.30 pagi.

"Polis beritahu, mereka suami isteri sudah meninggal dunia.

"Saya kemudian bergegas ke Hospital Gua Musang,” katanya.

Menurut Mohamad Hasbi, dia sempat berhubung dengan adik yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu buat kali terakhir sebelum keluarga berkenaan ke Kota Bharu untuk bersiar-siar.

Katanya, keluarga adiknya bertolak dari Tanah Putih di sini pada jam 7 pagi sebelum terbabit kemalangan tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke Gua Musang.

"Adik memang seronok nak bercuti ke Kota Bharu walaupun hanya sehari.

"Saya amat terkejut dan tidak menyangka berita kemalangan yang tular di WhatsApp itu melibatkan keluarganya,” kata lelaki terbabit.