Kesan banjir akan dibincang di Kabinet untuk tambahan peruntukan - Premier Sarawak

Iklan
Abang Johari menyampaikan bantuan kepada penduduk Kampung Lereng Bukit yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di PPS Bulan Sabit Merah pada Jumaat. Foto Bernama

BINTULU - Kerajaan negeri bersedia menambah jumlah peruntukan bagi membantu rakyat yang terjejas banjir, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Sabtu.

Beliau berkata, perkara itu akan dibawa ke perbincangan di Kabinet bagi menilai kesan banjir yang berlaku di seluruh negeri berkenaan, dan jumlah peruntukan mengikut keperluan di semua tempat yang terjejas.

Iklan
Iklan

"Apa yang akan kita lakukan, kita akan bincang dalam Kabinet tetapi RM10 juta telah saya keluarkan. Takut tak cukup, sebab itu kita akan tambah mengikut keperluan seluruh Sarawak,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di sini pada Sabtu.

Semasa di Miri semalam, Abang Johari meluluskan tambahan peruntukan RM10 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi membantu mangsa yang terjejas banjir.

Iklan

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak termasuk pihak swasta yang tampil menghulurkan sumbangan kepada JPBN Sarawak.

Selain mengucapkan terima kasih kepada petugas daripada pelbagai jabatan dan agensi yang terus bekerja membantu mangsa banjir, beliau turut mengambil maklum wakil-wakil rakyat telah turun padang melawat kawasan dilanda banjir. - Bernama

Iklan