KUANTAN - Seorang juruteknik kerugian sebanyak RM201,062 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian sebagai dropship pakaian.
Kejadian bermula pada 14 Disember lalu apabila lelaki berusia 48 tahun itu berminat dengan tawaran kerja tersebut selepas berkenalan denga suspek melalui aplikasi Tagged.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, suspek kemudian menghubungi mangsa melalui WhatsApp dan memberikan satu alamat laman sesawang sebagai platform bagi tujuan perniagaan tersebut.
"Bermula pada 31 Disember lalu, mangsa membuat 14 kali pindahan wang ke lapan akaun bank berlainan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM201,062.
"Mangsa menyedari dirinya tertipu apabila diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM20,000 untuk mengeluarkan keuntungan sebanyak AS$60,000," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa menggunakan wang simpanan sendiri dan membuat pinjaman bank untuk semua transaksi yang dilakukan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
Katanya, Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan terlebih dahulu sebelum https://semakmule.rmp.gov.my/ membuat sebarang transaksi.